top of page

SEJARAH KAMPUNG SUNGAI MERAB LUAR

Kampung Sungai Merab Luar terletak di daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Kampung ini telah dibuka oleh seorang pahlawan melayu yang berasal daripada Sumatera dari kerurunan Rambah Temusai bernama Abdul Ghani bin Lison pada tahun 1918. Beliau adalah ayah kepada Haji Ibrahim bin Abdul Ghani (Tok Yat) dan merupakan mantan ketua kampung Persekutuan atau dikenali dengan nama Tok Morah(nama ini telah diabadikan sebagai nama jalan , Jalan Tok Morah  di Kampung Paya ).Kampung ini juga  dirasmikan pada bulan Februari. Perkampungan Melayu ini telah membangun kerana terletak di antara Bandar Baru Bangi dan Putrajaya. Biasanya Sungai Merab dialamatkan di 43000 Kajang. Ia terletak bersebelahan Kampung Dato' Abu Bakar Baginda.

Antara lokasi penting di sini ialah Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Jalan Air Itam, Masjid Al-Istiqamah, Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Merab Luar, Sekolah Rendah Agama Sungai Merab Luar, Sekolah Agama Menengah Sungai Merab, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

bottom of page