top of page
Warisan Silat
Silat Seni Gayong Malaysia mula berkembang di kawasan Kajang sekitar tahun 1967, bermula di Sungai Kantan, Kajang.  Ianya terus berkembang dibeberapa tempat termasuk di Institut Pengajian Tinggi (IPT).  Setelah gelanggang-gelanggang IPT makin bertambah dan ramai pesilat tamat pengajian dan meneruskan kerja masing-masing, maka tidak ada pelapis gurulatih di kawasan Kajang-Bangi. Tujuan usaha ini diwujudkan adalah untuk menguatkan kumpulan gurulatih lama dan seterusnya menambah gurulatih baru disamping cuba memanfaatkan kepakaran gurulatih sedia ada untuk kebaikan Silat Seni Gayong Malaysia. Selepas itu, latihan telah dipindahkan ke gelanggang UKM untuk jangka masa lebih kurang satu tahun.  Cikgu Idris berpendapat bahawa perlunya bagi kumpulan ini mempunyai tempat sendiri untuk tujuan latihan gurulatih, mesyuarat, berkumpul, mengadakan pelbagai kursus dalaman serta sebagai asrama anak-anak Gayong.
Futsal
Pertandingan Futsal Belia kampung Sungai Merab telah dijalankan pada 3 April 2016 secara tertutup yang diadakan di Kolej Pendita Zaaba, UKM. Pertandingan tersebut telah disertai oleh belia-belia kariah Masjid Kampung Sungai Merab
Ceramah
Kuliah Bulanan, Februari. Ceramah telah diadakan pada 12 Februari 2016 dn disampaikan oleh Ustaz Zuwairi Al-Hafiz.
Kuliah Bulanan, April. Ceramah telah diadakan pada 10 April 2016 oleh Ustaz Ahmad Syukri Yusuf (Kuliah Subuh). Ceramah Israk Mikraj telah berlangsung pada 30 April 2016. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ynag Berusaha Ustaz Ahmad Baie bin Jaafar.
Gotong-Royong
Aktiviti gotong-royong sudah menjadi sebati dalam kehidupan bermasyarakat. begitu juga di kampung Sungai Merab Luar sering mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar kampung agar kampung mereka sentiasa terpelihara dan bersih. Selain itu, aktiviti gotong-royong ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kampung yang ada.
bottom of page