top of page
Masjid
Di Kampung Sungai Merab Luar ini, terdapat dua buah masjid yang telah dibina bagi kemudahan penduduk kampung yang beragama Islam bagi memudahkan mereka melaksanakan ibadah. Masjid tersebut ialah Masjid Sungai Merab Luar dan juga Masjid istiqamah.
Klinik Desa
Selain itu, terdapat juga kemudahan yang disediakan di Kampung Sungai Merab Luar kepada penduduk dengan adanya klinik desa. Penduduk kampung boleh menggunakan kemudahan di klinik desa tersebut untuk mendapatkan rawatan serta pemeriksaan kesihatan dengan mudah kerana berhampiran dengan tempat tinggal.
Dewan Rakyat
Terdapat juga disediakan sebuah dewan rakyat bagi kemudahan kepada penduduk kampung sekiranya ingin membuat sesuatu program atau majlis seperti majlis perkahwinan, program motivasi dan sebagainya.
Kompleks Niaga
Selain itu, terdapat juga kemudahan seperti kompleks niaga. Terdapat pelbagai jualan dan perkhidmatan yang disediakan di kompleks niaga tersebut. Dengan adanya kompleks niaga tersebut, penduduk kampung boleh mendapatkan pelbagai barangan serta perkhidmatan di kompleks niaga tersebut.
Kedai Runcit
Selain kompleks niaga, terdapat juga kedai runcit disekitar Kampung Sungai Merab Luar. Terdapat pelbagai kedai runcit bagi kemudahan semua penduduk kampung untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian.
Bengkel Kereta
Terdapat juga kemudahan dimana adanya bengkel kereta di kampung Sungai Merab Luar itu. Dengan adanya bengkel kereta tersebut, memudahkan penduduk kampung mendapatkan perkhidmatan sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan mereka serta untuk mendapatkan servis kereta.
Tadika Syumul
Di kampung Sungai Merab Luar turut tertubuhnya Tadika Syumul iaitu pendidikan peringkat pra-sekolah untuk para pelajar yang berusia 5 dan 6 tahun.
Sekolah Kebangsaan Sungai Merab dan Sekolah Rendah Agama Sungai Merab Luar
Selain didikan diperingkat pra-sekolah, terdapat juga sekolah peringkat rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Merab. Para penduduk kampung menghantar anak-anak mereka yang berusia di antara 7 hingga 12 tahun ke sekolah tersebut untuk mendapatkan ilmu.
Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar
Seterusnya, terdapat juga didikan diperingat menengah iaitu Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar. Mereka yang mendapat didikan di sekoah tersebut, berusia di antara 13 hingga 17 tahun.
Stesyen Minyak
Terdapat juga kemudahan seperti stesyen minyak yang di dalam Kampung Sungai Merab luar ini yang memudahkan pengguna kenderaan untuk mengisi minyak pada bila-bila masa sahaja.
Pejabat Plus
Terdapat juga pejabat plus yang menerima pemberitahuan aduan dari pengguna Plus.Sekiranya terdapat kemalangan , kerosakan jalan raya, penghalang jalan raya, kenderaan rosak dan sebagainya
Restoren / Kedai Makan
Terdapat juga restoren dan kedai makan yang memudahkan masyarakat untuk membeli makanan diluar pada bila-bila masa terutamanya pada waktu malam.
bottom of page